Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman (Lim Kit Siang)

Monday, 29 April 2013, 12:22 pm
Lim Kit Siang

Masanya sudah tiba untuk rakyat Malaysia menamatkan riwayat politik perkauman yang selama ini telah menyebabkan kita hidup dengan penuh rasa takut, gelisah dan cemas.

Perubahan akan bermula apabila rakyat Malaysia menolak politik benci dan politik suka menakutkan rakyat yang dibawa oleh UMNO-BN. Perubahan akan bermula apabila pengundi Malaysia menerima politik bersih, amanah dan bebas rasuah yang dibawa oleh Pakatan Rakyat. Perubahan akan bermula apabila kita semua menolak politik perkauman.

Saya menyeru pengundi Malaysia supaya menamatkan riwayat politik perkauman yang menjadi amalan UMNO-BN kerana ia bukan sahaja bahaya untuk perpaduan kaum, ia juga telah digunakan untuk melindungi kezaliman dan salahguna kuasa.

1) Isu lembu dan kondo NFC bukanlah isu ekonomi Bumiputera; ia sebenarnya isu salah guna kuasa dan penyelewengan pemimpin BN dan keluarga mereka;

2) Isu penswastaan dan kerugian syarikat penerbangan MAS bukanlah isu ekuiti saham Bumiputera; ia soal salah guna kuasa kerajaan dan kegagalan pentadbiran kroni;

3) Isu PKFZ bukanlah isu perkauman; ia soal penyelewengan para pemimpin kerajaan BN;

4) Isu konsesi tol dan lebuh raya bukanlah isu kemudahan asas rakyat; ia adalah soal mengkayakan kroni dan memiskinkan rakyat;

5) Isu Lynas bukanlah isu untuk pelaburan; ia adalah soal keselamatan nyawa dan kesihatan rakyat serta pencemaran alam sekitar.
Saya menyeru pengundi Malaysia untuk bersatu memilih Pakatan Rakyat atas dasar-dasar bersama menegakkan keadilan, mengutamakan kebenaran, menjamin kebebasan, melaksanakan kebajikan, memulihkan demokrasi dan membantu mereka yang memerlukan.

Mari kita jadikan tahun 2013 sebagai detik bersejarah untuk menamatkan politik perkauman dan amalan-amalan yang mencacatkan demokrasi kita bagi membawa era perubahan dan transformasi yang sebenar.

Ubah! Ini kalilah!

Advertisements

, , , ,

  1. Leave a comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: